...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Wednesday, December 19, 2012

h.e.a.r.t

“Kalau cinta itu memerlukan pengorbanan, kau sanggup tak berkorban demi cinta?”


Diam.

Seminit berlalu.
2 minit.
Sejam.
9 tahun.

“Aku sanggup!”







Wednesday, December 5, 2012

Miracle

_Zzzzzz.


Tadi time assembly uniform bodies rasa macam half of me masih terlekat dekat katil. Pernah tengok zombie jalan sambil tarik katil? Sleepy duh. Mengantuk sangat sangat. Ini gara gara pre-reg subjects untuk next sem malam tadi lah. Pukul 12 malam wifi macam siput sedut. Kalau lah wifi tuh manusia dah lama aku belasah! Tunggu punya tunggu around pukul 1 baru dapat masuk portal.


Kuiii.



Pagi tadi kena bangun awal untuk morning assembly. So efekny, masa pak sarjan duduk bebel bebel kat depan assembly, aku dah kelaut kot time tuh. MyEm0.Com Tidur dalam baris sambil mata terbuka. Haha. Tazkirah apa entah kat depan tu semua tak masuk otak dah. Yang dengar cuma elaun-potong-tak hadir-interview naik pangkat. Itu saja. Semoga cepat naik pangkat. Semoga Allah merahmati setiap langkah dan menganugerahkan rezeki yang berganda untuk setiap kebaikan kalian. Amin. Hiiiiiii. 


Hm. Tapi kan. Bebel bebel pak sarjan pun, niat beliau baik. Nak semua anak anak didik beliau berbaik baik macam dulu dulu. Macam masa mula mula kenal dulu. Innocent. Pure. Aman damai. 
Ya. Rindu itu semua. 
Tuhan, give some miracles please~ 


Dah lebih 3 hari ini_




Monday, November 19, 2012

Rindu

_Dear Ma Abah… *ceewah*


Rindulah dekat kampung. Kat sini bukak mata je nampak bangunan. Sangat tak best. Kalau dekat rumah, bukak mata saja nampak la jugak pokok kayu yang menghijau. Hm.


Tak faham la apa yang orang suka sangat dengan bandar ni. Bukan ada apa pun. Tak ada life. kalau dekat kampung ada la jugak bendang sawah dan sungai. Tenang. Paling boring pun boleh jalan jalan tepi sawah padi sambil hirup udara segar. Boleh kacau kucing lalu depan mata. Boleh photoshoot pemandangan yang indah indah. Boleh hirup bau rumput lepas hujan. Segar. Tssk. Aku rindu. Kat sini alamak bau jalan tar saja lah. Pui. Patut la imunisasi badan aku sudah berkurang sekarang.


Aku rasa la. Jiwa aku lebih kepada kampung ni. http://www.emocutez.com  


Kalaulah bukan sebab assignment bertimbun ni, mesti aku dah lari balik kampung kan?_







Tuesday, November 13, 2012

Hari tua kawan se-floor

_Malam ni sangat happening


AWESOME. Celebrate birthday kawan-sefloor sambil nyanyi lagu. Siap tutup lampu lagi. Tutup lampu lah sangat. Oke. Aku tipu. Aku kan suka tipu. Malam ni kat luar bilik ada lampu emergency je.


Asikk. Romantik gitu.
Hewhew.
Patut celebrate dengan cara lagi kejam. Contoh. Beli telur busuk campur gandum campur bedak la kan. Kan kan? Baru betul. Biar tujuh hari tujuh malam akan bau haruman yang wangi semerbak tu. 


Heh. Heh.


Lepas tiup tiup lilin tu oke je lagi. Lepas tu bila sorang sudah mula tepek menepek krim ke muka, mulalah semua pakat lari jauh jauh. Teka la sendiri siapa orang yang mula mula lari. Macam larian obor olimpik rasanya. Pui. Kalah Lee-Sung-Gi.


Aku lari menyelamatkan diri awal awal lagi. Tapi lepas makan kek la. Tiba tiba je semua orang macam lari masuk bilik aku. Hgeh! Macam buat usrah la pulak. Mana ada orang berani tepek krim kat aku. Aku kan garang. Ceewah! Tak kuasa aku nak mandi dengan krim malam malam buta macam ni.


Walau bukan sambut birthday in-advance sebab kesibukan masing masing. Walau suara tenggelam timbul dek demam semalam. Walau tak dapat nyanyi dengan kuat sebab sakit gigi kronik yang melanda sampai rasa tak nak cakap dengan orang. Huargh. Tapi digagahkan juga demi celebrate birthday ke-23 kawan-yang-tua-setahun yang cuma sekali seumur hidup. Yela. Tahun depan dah 24 kan. Takkan la undur jadi 22 balik kot.


Huish.


Cakap pasal demam. Semua orang tak percaya bila aku kata ubat untuk aku sembuh dari demam adalah minum ais. Kenapa tak percaya pulak? Sejarah telah membuktikan kot. Terima kasih banyak banyak kepada blogger ‘poyo itu aku’ dan rumate aku yang bersusah payah turun cafĂ© semata mata untuk beli teh ais.


Mengada-ngada kan aku ini. Hm.


Pagi tadi bangun bangun  tu sudah rasa tak demam sangat. 
Tak payah makan ubat pun. 
see.


Esok nak kena pergi jumpa dentist. Mana tahu nak tumbuh gigi bongsu ke kan. Tak pun nak tumbuh gigi emas ke. Itu pasal yang sakit sangat. Apa sangat la si doktor gigi tu boleh buat pun. Paling ngeri pun, cabut je pun. Kan pun?


Oke. Esok aku cuti takde kelas. So, esok pagi pagi terus pergi klinik.
Zzzzzz.


Harap dapat jumpa doktor yang hensem hensem saja. Pun boleyy_   :p






Tuesday, November 6, 2012

Belasungkawa

Dari Dia kita datang.Dan kepada Dia kita pulang.

_ Begini rupanya perasaan


Bila tak sempat melihat wajah orang yang kita sayang buat kali yang terakhir. Bila orang yang ada depan mata kita dan yang kita tinggalkan dalam keadaan yang sihat tiba tiba menghilang. Dan kita tahu bahawa kita tak akan bertemunya lagi dalam keadaan dan situasi yang sama di dunia nyata?


Ucapan takziah dari orang dekat itu ternyata benar benar memberi isyarat bahawa ini bukan mimpi. Bahawa ia sudah benar benar pergi.


Hati harus akur. 


Hidup dan mati. Dua sisi berbeza yang harus tetap kita jalani. Bukan pilihan, tetapi satu kepastian. Sejauh apapun kita menghindar, ke kutub selatan sekalipun, kalau memang sudah tertulis waktunya, tak ada yang mampu menawar. Kerana saat itu Tuhan telah memanggil. Dan kewajipan kitalah untuk menghampiri. Yang ditinggalkan hanya mampu pasrah. Berusaha seikhlas yang boleh untuk melepaskan orang yang disayang.
Sambil terus berharap dan berdoa, semoga bertemu di syurga-Nya kelak. 


InsyaAllah_







Tuesday, October 30, 2012

cancelled xoxo

_Apa perasaan bila
Tiba tiba bas di-cancel-kan?


28 oct 2012

(Tiket Kb-Uni. Masa naik: 8 p.m)

2 p.m : Along bertolak balik Gua Musang. Ari ahad cuti raya lagi. Esoknya dah start mengajar. Tinggallah Juan dengan ma. Dan aku. walaupun sekejap.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


3.30 p.m: Main main dengan Juan, si khalifah kecil. Sebab Juan tak tidur lagi, bancuh susu dan bagi anak burung comel tu makan dulu. haha. 


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


4.05 p.m: Juan tidur. Ajak Hyung keluar beli barang. Hyung tu adik bongsu aku. Yang pakai baju biru dalam banyak banyak gambar di atassss sekali.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


5.45 p.m: Sampai rumah.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


6 p.m: Juan bangun. Main main dengan dia untuk 2nd round. Berat hati nak pergi! Sedih la pulak.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.

  
7 p.m : Mandi. Solat. Blablabla.


 Baru pack barang.


7.20 p.m: lepas solat abah terus hantar. Atas kereta baru check tiket. Okayyy! Font paling kecil. Tempat naik- sebelah Masjid Maahad Muhammadi, seberang Plaza Tengku Anis.


Macam main explorace.
Ingatkan naik sebelah stadium kb macam biasa. Tak pun belakang Tesco kb ke. Huh.


Jadi polis peronda kejap.
Pusing pusing cari tempat.


Macam penjenayah pun ada.
Kejap tengok kiri. Kejap tengok belakang.


8.10 p.m: Jumpa.


Janji melayu. Bayang bas pun takdak. Driver bas apatah lagi. 


Pui.


10 p.m: Bas sampai terus naik. Padahal bas tak terus gerak pun.
11xx p.m: Bas berhenti tepi jalan. Bunyi macam benda patah. Ingatkan bas bocor.
1.30 a.m: Lepas driver tu check, dia kata: “pemegang tayar tu yang rosak…”

Call Hyung. Dia reject. Ceh!
Call abah. Masuk voicemail.

Usaha tangga kejayaan.
Sms Hyung. “Bas rosak dekat dekat Pulai Chondong. Bertolak kul 10 pagi esok. Sila datang ambik!” Skema tak aku?

Hyung reply: Ok. Tunggu kat situ.

3.25 a.m: Rasa orang cuit bahu. Aku tepis. Cuit lagi. Aku tepis. Cuit lagi. Aish! Bukak mata nampak big boss. oke. Abah dah sampai. Siap kejut aku dalam bas lagi. Rasa macam Vvip.
4.15 a.m: Sampai rumah. Tidur sebelah Juan kejap.

29 oct 2012 (hari sepatutnya pergi kelas)

10 a.m:  janji melayu lagi.
11xx a.m: bertolak.
3.30 p.m: Jalan jem. Baru sampai merapuh.

Tiba tiba aircond mati. Dekat sejam setengah driver tu try repair. Tak dapat.

4.50: Bertolak dari merapuh tanpa aircond. Seperti ikan sardine dalam tin... uuuoooo~
10.20 p.m: sampai ke main gate Uni dengan selamatnya.

Alhamdulillah.

Dapat excuse letter 29hb.

So, Apa perasaan bila
Tiba tiba bas di-cancel-kan?_







Sunday, October 21, 2012

Teori 2:04 a.m


_Fuhh


Ini bukan rancangan hiburan sensasi fuhh. Bukan juga melodi. Apatah lagi galaksi mahupun orbit dan segala bintang cakerawala di angkasa.


Ini...tak tahulah apa.


Tapi.
Yang pastinya.


Ini memang mencabar kesabaran. Bukan saja kesabaran, malahan ketulusan, keikhlasan serta sifat keperikemanusiaan. Keperimanusiaan sebenar dalam erti kata yang sebenar. Adalah apa? 


Er. Itu adalah soalan?
Ya.
Itu soalan. walau tak nampak macam soalan.
Tetapi jika diteliti, itu adalah soalan yang berbaur soalan. Bukan jawapan.


Ah. Maaf. Maaf.
Sudah mulai sesat.
Mohon tunjukkan jalan ke point utama dengan kadar segera.


Sekelip mata.


Kemalasan dalam berteknologi. Tajuk memang gempak. Macam yang kita kadang kadang rasa. kita? Ya. kita. Malas mahu caj bateri handphone. Malas balas SMS, malas telefon orang balik. Waima malas jawab sebarang panggilan masuk.


Malas ini. Bukan sebarang malas lagi. Ini malas yang sangat malas. Sampai mahu makan pun boleh dikatakan malas.


Tarik nafas.
Hembus.


Ya.


Tarik nafas lagi. 
kali ini tak perlu hembus.


Tambahan, handphone aku cikai saja. Tak ada binatang hijau tangan cacat terpisah dari badan berantena di kepala tu. Tapi walau tak ada apa yang orang panggil android, handphone tu paling setia dengan aku. At least, tak pernah hampakan aku. Macam manusia. Tapi baru baru ini, beliau buat perangai. Sudah lama sebenarnya. Tak nak mengaku cumanya. Tapi, baru baru ini saja beliau jadi semakin besar kepala. Asal vibrate sikit mulalah tak dapat detect simkad.


Mungkin beliau mogok dengan aku. Mogok lapar.


Wajib minta maafkah? Ya. Aku faham. Beliau juga sedang ambil mood raya. Tak apalah. Walau maaf itu tidak berguna, aku mengalah juga dengan mohon sepuluh jari minta maaf. Lepas raya nanti baru aku pijak handphone tu. 


Maaf? Egomaniac?


Haha.Otak aku sebenarnya sudah tepu dengan teori begini. Kalau maaf itu berguna, perlu polis buat apa...? kalau maaf tu berguna, mari kita bakar rumah orang, lepas itu minta maaf sebab bergurau yang exaggerated. Selesai cerita. Ya kawan kawan. Teori ini bakal mengantikan teori beruk berevolusi Charles Darwin. 


Ok. Kita tinggalkan perihal Charles Darwin dan beruk beruknya. Tinggalkan perihal handphone dan teori aku itu untuk usang bersama tuannya.


Mari jalan ke depan.
Lagi. Lagi.
Dan.
Lagi.


Baiklah. Sudah mulai mengantuk membebel seorang diri di pagi hari. Ah! Insomnia.


Sangat haru jika harus terkebil kebil seorang diri. Jadi manfaatkanlah. Bukannya selalu diserang insomnia. Ini kali kedua untuk tahun ini, mungkin. Haha. Tahniah!


Ya.


Harus mulai bersiap.
Ada dialog yang harus aku lakukan dengan Tuhan_








Wednesday, October 17, 2012

meresap semangat si burung hantu.basha!


_makhluk asing


Kalau dirumah mereka mereka kadang kadang panggil aku macam tu instead of Achik. Well. Sebab aku anak yang paling ‘rajin’. Paling banyak menyakat. Paling keras kepala. Paling tak punctual kalau nak keluar mana mana. Paling tak senang hati kalau tak kenakan orang. Tapi dengan orang yang rapat sajalah. Haha. Bak kata ma aku, “sambil lalu pun dan dan lagi ngenak. Kalau tak dapat guna tangan, guna kaki pun jadilahhhh...” 


Haha.
Ma! Guna kaki tu nampak macam kejam sangat la.


Ppppffffiiiiiuuuuuuu. Efek.


Aih.
Bab menambah cerita kasi lawa memang skill aku.
Kejap tadi ma abah call. So, tiba tiba rindu dekat mereka.


So. Sebab rindu mereka, cerita pasal mereka lah.


Abah aku selalu kata beliau ada dua orang anak lelaki. Satu adik aku. Dua aku. Tapi aku rasa macam ladylike je!


Orang rumah aku memang banyak berkata kata.


Ma aku kata aku anak paling nakal masa kecik kecik dulu. Bukan calang calang nakal. Hyper-nakal. Eh? Mana aci kalau nak kira zaman dulu dulu. Tang kena kejar keliling rumah dengan abah sebab ter-baling batu kena dahi adik aku masa main baling baling dengan adik aku mana boleh kira. Ayyo. Aku budak lagi kot time tu. Mana boleh! 


Adik aku kata aku jiwang. Dengar lagu etnik kreatif pun boleh meleleh air mata. Betul la tuuu. Aku dengar lagu rock pun tak tahan. Meleleh air liur. Ngek! 

Along pulak kata dia nak aku ajar Juan speaking. Ya. Juan adalah subject study aku sekarang ni. Haha. Tapi setakat ni aku cuma ajar Juan satu basic word “ball”. Tu pun Juan tengok aku sambil buat muka blur. “apa dio makcik aku nih?” lupa pulak. Budak tu mana pandai cakap lagi. Well. Ekceli, aku lebih prefer Juan kenal kalimah kalimah Tuhan dulu. Huruf jawi dulu. Alif. Ba. Ta. Macam mak aku ajar anak anak beliau dulu. Y-pad jawi punya tak ada lah pulak.  Aku ingat 1stbirthday Juan nanti nak belikan dia y-pad lah. A for apple. B for ball. One. Two. Ten. Senang sikit dia tekan tu terus dengar bunyi. Haha. Boleh aku join sekaki kann. Masa zaman aku dulu mana ada i-pad, y-pad ni. Dulu semua nak kena belajar sendiri. Mungkin sekarang minda sudah sedikit dijajah barangkali. semua nak guna teknologi. haih. Ansa (saya lupa!) Taking benL doesn’t make me white!


But I do believe that children will learn by themselves through language acquisition. Ternyata Noam Chomsky punya pengaruh kuat ya! 


Tssk.
Tssk.


Barangkali ini adalah kesan penjajahan barat terhadap orang asia berkulit hitam manis seperti aku. Maka untuk ayat di atas. Harus belajar apply adjective. 


Heh. Heh.
Stop gibbering del.
Tapi kan.


Sangat sedih bila dengar orang saling kutuk mengutuk satu sama lain. Sangat tak patut bagi bakal bakal ustaz ustazah kita yang belajar tinggi tinggi ini pandang orang lain sebelah mata. Kita bukan minta dijunjung atau dipuji. Cukuplah kalau sekadar tidak memberikan apa apa statement berbau per-course-an. Di sini, kita sama sama belajar. Dididik untuk mencintai ilmu bukan untuk merendahkan yang lainnya. Belajar itu harus ikhlas. Se-islamic manapun jurusan yang di ambil, jika tidak dilatari akhlak dan peribadi yang baik, maka ianya adalah sia sia. 


Sia sia.
Umpama mencurah air ke  pasir.
Aiwah. Sudah boleh jadi ustazah.


Belajar itu adalah ibadah. Ramai je makcik makcik kat kampung dulu tanya kenapa ambik course English dan bukan Arabic. Lari sangat dari aliran sekolah aku dulu. cikgu cikgu pun tak habis fikir. Hm. Ini bukan lagi soal rezeki. Ini soal ketentuan, sayang. Belajar bahasa itu bagi aku sama lah seperti belajar, sambil berfikir dan pada masa yang sama mengagumi keagungan dan keindahan ciptaan Tuhan dari segenap segi. Bukan cuma melalui bahasa Arab malah bahasa yang lainnya juga. Tuhan memahami walau apapun bahasa yang kita gunakan dalam doa kita padaNya, bukan? Subhanallah. Betapa Tuhan itu Maha Sempurna.


Ok. Ok.
That’s all for our tazkirah today.


^ _ ‘’^



Angah pulak kata aku suka membazir beli benda benda yang tak perlu. Setan paling suka. Beli barang bukan nak guna. blablabla. Rilek je aku ukur baju di badan sendiri, ngah. Ayat biasa time nak cover. *ngah tolong baca statement ini dehhh* Skirt coklat renda renda macam kain langsir yang aku beli sem lepas kena gigit lipas. 


Padan lah muka aku!_


Update blog dulu kejap kasi hilang ngantuk.
Mula mula ingat nak stay up.  
Sayup sayup dengar sound efek burung hantu dekat luar tingkap.
Haha. cont studi. Cont studi.
Okbai. :p








 



Thursday, October 11, 2012

Iium 28th convocation day with kawan kawan

research center.around 8.30 a.m. kereta bersesak sesak depan main gate.tempat aku rilek je.pagi kann.

dengan rakan sebilik.sekerja.sekuliyyah.senegara.



rakan bertugas.syuhada n Inspektor ks fatima.baru tahu akak fatima pun suka berbelog juga.haha.boleh tambah kawan ni



_Iium 28th convocation day


Tak sempat nak update blog. Sibuk jaga jalan lah katakan. I’m a bizi…………………………..man. Look, demi convocation day ni aku telah mengorbankan weekend aku walaupun aku boleh je pilih untuk bersenang lenang bersama bantal empuk dan bilik yang heaven gila.

Heaven lah sangattt u olllss.

Serius. Bila I olllss tengok senior senior berkonvo ditemani mak ayah abang adik kakak dan pakwe dan suami dan pakwe dan suami dan mak dan ayah dan abang dan adik dan kakak dan pakwe dan suami, tiba tiba datang satu perasaan dalam hati. Maaflah. Kata orang  isi penting harus diulang banyak kali.

Perasaan apa? Gembira? Teruja? Eh. Eh. Bukan.

Ini perasaan yang lain.

Rasa tak sabar sabar nak grad. Tak sabar nak pakai jubah konvo. Tak sabar nak pegang scroll degree sendiri. Pegang scroll orang lain buat apa. Tak sabar nak kerja dan mula balas jasa mak abah yang bersengkang mata berpenat lelah memerah keringat dan berusaha demi mencukupkan keperluan sekolah kami hingga tak terasa kurang walau satupun. Tak sabar tak sabar. Walau tahu selepas bergelar graduan itu harus mula memikul tanggungjawab yang berat. Malah mungkin jauh lebih berat dari yang dijangka.

We want to serve the ummah, remember?

Hm. Tiga semester saja lagi, Del. Macam cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Umur pun dah semakin bertambah. Semakin menua dengan jayanya.  Hoho. Tapi muka tetap muda belia. Alamak. Bunyi macam tak sedar diri. Tapi betul apa. Ada makcik datang rumah time aku cuti semester siap tanya “adik tak sekolah ke harini?” Oh. Tidakkkk.

Sekali lagi. Oh. Tidakkkkkk!

Tapi. InsyaAllah ( Dengan izin Tuhan)

3 semester lagi. Grad nanti aku pakai Jubah konvo hood kaler silver bersulam satu layer kat tepi dan topi petak empat segi tau.  InsyaAllah. Amin. Amin.

Haha. Bajet macam hot.
Eh. Memang hot pun. Tak tahu ke.

Ngaa. tapi.

Kalau nak cerita, memang banyak pengalaman aku dapat dapat time jaga trafik untuk convocation day ni. overall: agak tension. Tapi yang paling best, aku dah tahu tempat mana tak ramai orang parking kereta. Tahu dah macam mana nak ambik robe bila grad nanti, nak bergambar and so on so forth.  Banyak.

Sambil jaga trafik sambil cari pengalaman. Ngeh. Macam diri tak ada kerja lain. Terlupa sekejap pasal asaimen. Oh.

Itu tak termasuk lagi kena marah on the spot. Helmet kena curi lagi. Sarakit mana entah yang curi. Tangan panjang betul. Jadi terpaksalah balik ke bilik pinjam helmet pakcikgad yang jaga sama sama waktu tu.

Tssk.
Keji gila curi helmet orang.

Mungkin Allah sekadar nak uji sejauh mana tahap kesabaran seorang manusia. Dan tiba tiba manusia yang nak diuji itu adalah aku. Ya. Tiba tiba saja kan. Sampai di bilik, terus solat zohor then makan. Lupa pasal helmet kena curi. Kira macam pasrah ikhlas redha tawakkal terus. Bajet macam kompem kena beli helmet baru. So, malas nak pening pening fikir pasal benda yang dah tak ada. Nak marah pun tak boleh sebab memang salah diri sendiri tak lock helmet tu awal awal.

Lepas makan makan tu terus pergi balik kat tempat tu. Tukar shift dengan pakcikgad. Beliau pun mahu solat juga. Pakcikgad tempat aku jaga trafik tu sangat baik. Tak percaya?

Berikut adalah perbualan kami. Bertiga.

Aku & kawan *setelah berbincang* : Pakcik. Kitorang nak balik solat dulu boleh?
Pakcikgad: haaa. Korang nak datang pukul brape pulak lepas ni?
Kawan aku: mmm…………….pukul 2………………
Aku: ……………30…………………..
Pakcikgad: ok. Ok. 2.30 datang balik.
Aku & kawan: *sengih*

Ini bukan ambil kesempatan. Ini guna kesempatan. Ada beza kan? kan kan? Tapi kira ok la sebab time balik untuk solat tu segala rakyat jelata uia sudah memasuki convocation hall. Kira macam dah lepas peak hours la. Lepas tu, pukul 2.30 kami berdua bertolak dari bilik. Betul la pukul 2.30 kami DATANG BALIK. Tak tipu pun kan. Cumanya ambik masa 20 minit nak sampai ke tempat pakcikgad tu sebab jalan jem . Kononnya.

Dem.

Sampai tepat tepat pukul 3 janji melayu  :p

Kan aku dah kata pakcikgad ni baik. Dah percaya? Jalan jem teruk. Sampai ada kecoh kecoh eksiden sampai pecah side mirror. Sedih. Sedih.  Tapi gud news nya sebab sarakit yang curi helmet aku sudah letak balik helmet aku kat tempat asal.  Alhamdulillah.

Konklusi. Jangan jadi pencuri helmet.




p/s:  ceh. ini pengaruh tengok cerita dendam sarakit tv3.








 

Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri