...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Monday, July 30, 2012

Ich verspreche::




 
Wahai sekalian alam.

Gadis ni nak sangat cepat cepat habis belajar dan mula kumpul duit sendiri. gadis ni nak mula capai impiannya yang kedua. gadis ni nak bawa ma abah dia tunai haji. gadis ni nak sempurnakan impian ma abah dia lewat impiannya. gadis ni terlalu sayang mereka. 

Sayang. mereka.

Ya Allah, may we be Your guest one day? 
 
Dalam doa gadis ni tak henti henti mintak Tuhan jaga mereka, kabulkan doa mereka, kasihani mereka, terima ibadah mereka. hingga jika Tuhan tak kabulkan doa dia yang satu ni, jangan kabulkan yang lainnya.

Tuhan. izinkan gadis ni jadi anak yang solehah hingga dapat menjadi pembuka gerbang syurga untuk mereka. 
Tolong ya Tuhan. Amin.





Thursday, July 26, 2012

.LIE.




A king who only looks at women has no charm.





Saturday, July 21, 2012

.pertama.



Tuhan. kau beri aku banyak. banyak. aku yang tak nampak. aku manusia tak tahu syukur. tak betah. tak tunjuk. 

dari lubuk hati paling dalam. terdalam. terima kasih Tuhan.




 




Wednesday, July 18, 2012

1807.1700



kata orang kita mesti ada semangat sebelum masuk exam hall lagi. tapi macam mana kalau semangat tu muncul time jejak kaki tujuh-belas-tapak masuk dewan exam?

contoh. bila orang yang ada charge positif muncul depan kita dengan senyuman yang paling manis atas dunia dan transfer charge positif tu kat kita. boleh buat kita sengih sampai habis jawab exam oi.

konklusi. exam. first time. jawab exam sambil sengih tengok kertas.





Tuesday, July 17, 2012

puasa.dan.rindu



Sungguh.
aku rindu kalian!

rindu sambal pedas ma.
ketukan Abah di pintu bilik menjelang subuh.
bebelan Along.
selalu tertukar berus gigi dengan Angah. *puiii
rasa macam raja bila bagi 'arahan' pada Paeh. 
rutin harian berebut remote tv dengan Abah, the bos besar. 
senyum si kecil Juan yang selalu buat aku terpikat tanpa pernah aku sangka. 
sawah padi yang menghijau. 
bau rumput selepas hujan. 
camera cipot aku. 
dan. mesyuarat meja bulat kita.

aku rindu semua tentang kita. rindu yang amat. teramat

.

3 hari lagi. mungkin start puasa. *belum confirm lagi*.
ingin segala hal di sini cepat selesai. Mahu menjejak kaki ke rumah semula dan bersama dengan orang tua yang telah sekian lama aku tinggalkan.





 2nd. time. puasa. jauh.
dari mak. dari abah.
sedih.
 





Friday, July 13, 2012

civilize %


Sendu. Bak anjakan rindu. 
Kau tahu apa? Definisi lemahnya jiwa. Abstract. Concrete. Solid. Gila.
                                    
Rasa. Buat aku ketawa. Faham apa maksudnya?

Bukan tak percaya. Tapi. Bila cinta manusia membabi buta.
Bila cinta murah tanpa harga. Boleh diberi pada siapa saja.
Percuma. Apa cerita?

Jawab aku tanya.
Berapa harga cintamu jika aku ingin membelinya?

Tuhan. Aku ingin jalan.
Jalan sampai hujung dunia. 




Wednesday, July 11, 2012

.Yang Mana.




Jika kau jatuh cinta. Pada dua manusia serentak.

Percaya aku.

Pilih yang kedua. Kerana. Jika kau benar benar cinta yang pertama, takkan kau jatuh cinta pada yang kedua.

Bodohkah.?






Monday, July 9, 2012

LeistunGsträger


Ada permainan yang mengharuskan pemainnya bermain tanpa henti. Permainan yang harus dilanjutkan sampai mati.

Jika tak mahu kemudi. Kau berhenti. 

Ini permainan kalah mati. Soal hati.

Sekali kau biar ia pergi. Tak ada jalan untuknya kembali lagi. 

Jadi aku rayu kau berhenti. 

Dengar kata aku sekali. Berhenti.




Friday, July 6, 2012

konsep



Kalau kau tanya aku.
kita ni boleh berkawan ke?
Aku tak rasa kau sejiwa dengan aku.
Buat masa sekarang, aku tolak mentah-mentah konsep persahabatan yang kau bentang. 

Silakan kau laung. Jika aku sombong. Jika aku berlagak.
Aku katakan kembali. Aku tak mahu membawa kau ke neraka bersamaku. Jika kau mahu ikut, silakan.

Ikut aku dari jauh. 

Lihat. Jika jalan yang kutuju itu jalan syurga. Sapa aku.
Genggam tangan aku erat.
Aku akan memimpinmu diam-diam.
.


Thursday, July 5, 2012

.Esteem.



Kali ni aku kalah. Sedikit merendah. kau kata sifat merendah tu sifat yang baik. 

..Apa yang baik?

Senyum.

Sebab hanya Tuhan yang memiliki sifat Tertinggi. Yang Maha. Yang Amat. Kita? Kita hanya hamba. Yang rendah. Yang hina. 

Ya Allah. Terima kasih beri aku peluang 22 tahun pijak bumiMu, hirup udaraMu, kenal hambaMu.


 

Wednesday, July 4, 2012

.buku amalan baru.



Malam ni malam Nisfu Syaaban. Aku dah janji dengan Tuhan. Janji nak jadi manusia yang lebih solehah. Sebab tahun lepas aku dah janji. Jadi tahun ni aku letak ‘lebih’.

Malam ni. Bukak buku amalan baru. Buku lama tu Tuhan simpan sebab nak deal dengan aku kat akhirat nanti. Aku takut. Takut nanti bila berdepan dengan Tuhan, satu-satu Dia tanya. Aku nak jawab apa?

Siapa nak tolong aku nanti? Takde. Sebab hanya amalan aku yang boleh tolong aku.

Aku niat dalam hati azam baru, delete semua entry blog dulu. Mak aku kata, hidup tak boleh bergantung sangat dengan masa lalu. Betul cakap mak. Jadi, anggap saja tangan aku jadi gila dan hack semua entry aku.

Aku mintak kau tolong doakan aku. Moga tahun-tahun ke depan ni aku dah jadi lebih matang. Lebih bijak. Lebih educated. Doakan yang baik-baik saja untuk aku. Sebab aku tak nak nanti dalam buku amalan kau tercatat doa kau yang buruk-buruk.

Apa yang orang buat jahat kat aku. Aku ikhlaskan



Monday, July 2, 2012

.bermain.



Cinta.
Perkara paling bangsat.
Buat malam kita merangkak. Menggeliat.

Sial semua rasa!

Sangat mudah kau hambur kata.
AKU atau kau? Tak. Bukan aku yang pastinya. Kau sengaja, bukan? Bermain api di depan aku. 

.

Lain kali. Jangan tunjuk muka hebat.
Jauh dari kagum. Kau cuma terlalu kecil untukku permainkan.





Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri