...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Friday, September 28, 2012

MASKARA


_Tak tahu kenapa


Mood menulis bahasa tunggang langgang tiba tiba datang. Tapi, menulis dengan agak skema dan kacak sikit la.


Haih.


Mungkin orang yang namanya Fatihah memang macam ni. Ada saja benda yang tak berapa nak logik terjadi kepadanya. Tapi. Ini mungkin perkara biasa bagi budak yang baru nak belajar membesar. Ataupun. Er. Bukan perkara biasa.


Careless.


Ini masuk kali keberapa. Entah. Lupa. Belum lagi kira waktu dulu dulu masa zaman muda belia. Sekarang sudah tua anak tiga.


Ah. Abaikan.


Semester lepas. Keluar jalan jalan dengan kawan. Sewa kereta. Punya seronok keluar nak beli barang bawak balik kampung. Umpama di kampung tak ada barang itu semua. Macam kampung tu sangat rural area sampai kena naik bot meredah hutan dua tiga jam untuk sampai. Habis shopping. Otw balik. Singgah kejap isi perut.


Lepas makan. Jalan pergi dekat kereta. Bukak dan terus duduk. Cumanya pakai seatbelt saja belum lagi.


Rupanya.


Salah masuk kereta orang. Siap landing lagi dalam tu. Apa nak buat dah kereta tu warna sama. logik la tersalah. Parking pun tempat dekat dekat. Pulak tu tak berkunci. Nasib baik tuan dia tak nampak. Atau. Tuan dia dah nampak tapi buat buat tak nampak. Mungkin sekarang tak kelakar. Tapi bila umur 70 nanti boleh senyum sorang sorang bila teringat balik. itukah aku masa muda muda dulu? cece.


Itu belum lagi cerita.


Keluar kereta sebelum sempat driver tu berenti. Alhamdulillah Tuhan masih panjangkan umur. Kalau tidak. Tak adalah Fatihah yang sekarang ini.


Jatuh sebab tersepak wayar computer depan depan pak cik kedai computer masa belajar kat matriculation dulu. Lepas tu bangun buat buat muka selamba badak. Ptuih. Time itu serius rasa nak tepek je muka dekat dinding kedai. Lepas tu dah tak jejak kaki terus dekat tempat tu.


Cerita baru. Baru yang tak berapa nak baru sangatlah. Nak dijadikan cerita, tengah tengah aku jalan lemah gemalai excited nak pergi ke kelas ‘Error’ terserempak dengan seorang budak sama kelas arab. Jatuh dalam kategori tak-berapa-nak-kenal. Dia senyum. Aku pun senyum la balik. Lepas tu dia lambai tangan kat aku. 


Ai. Ini sudah pelik.
Pelik yang amat ini.


Aku pun selamba gila je la balas balik. 


Angkat tangan.
Lambai.
Senyum.


Ingat nak berbahasa. Kononya. Walau pelik lagi tak masuk akal lagi tak boleh diterima oleh organ dan segala usus usus aku. Aku ingat budak itu melambai ke arah aku. Tup tup si budak itu bukannya melambai ke arah aku tapi ke arah orang belakang aku.


Aci tak nak rasa malu.
Malu gila woih.
Malu yang terang lagi bersuluh. 


Sampai di bilik aku cerita dekat kawan aku. Gila bodoh dia gelakkan. Double triple lah malunya. Pun begitu diri ini adalah manusia yang kebal rasa. Jadi. Hush hush.


Sekarang tengah ambik mood gembira.


Kawan aku ada sudah jadi model woih. Tahniah tahniah. Tumpang gembira rezeki masing masing. Aku? aku unqualified. Nak buat macam mana status aku kan “sudah tua anak tiga”. Tak ada skill posing senyum depan kamera pula tu. Aku mahir behind the screen saja. Behind the screen itu “sudah dua anak tiga” pun tak apa.


Blur.


Nak jadi pelukis. Tangan kayu.
Nak jadi interior designer. Tak ada kelayakan. Diri ini budak ‘bahasa’.
Nak jadi penulis. Bakat tak ada. Bahasa bersepah. Idea selalu kosong mintak di refill semula. Jiwa blank. 


Ingat masa zaman Mesopotamia dulu kala. Punya pulun hantar comb binding manuscript dengan registered post. Walau tak yakin. Walau tak sungguh sungguh. Tapi agak terkejut sebenarnya. Macam mana boleh lepas? Ini hanya akan jadi jika DBP tak ambil kisah, mungkin.


people change, dear. language too.
 

Oh ya.


Esok hari last MASKARA. Maskara tu bukan maskara yang perempuan suka pakai dekat bulu mata. Dua minit bila maskara tu kering, bulu mata sudah jadi tajam sampai boleh bunuh orang guna bulu mata. Kuang kuang. Haha. Bajet sangat lawak. Bila kena air boleh jadi macam hantu mata hitam dan pontianak tak basuh muka. Bukan. Bukan. Ini MASKARA lain.


Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan kawan yang Kita Suka(MASKARA). 


9th JB Arts festival. Orang JB jemput ke sana ramai ramai. Sokong sokong. 


Dan.
Jangan lupa beli.

.cantik kan nama pena mereka.kan?

Nama Ai Lolipop. “hidup memang sentap-suri rumah terdesak” gabungan Studio Anai-Anai, Dua Puluh dan Sindiket Sol-Jah. Boleh beli secara online dengan meng-email ke gerobok.buku@gmail.com. Rm20 tidak temasuk kos pos.


Murah saja. 


Apa aku merepek sampai jual jual buku segala bagai ni.


Hmm.


Kamu baca. Kamu tahu.


Motif cerita.
Masih tak tahu sampai ke hari ini_











Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri