...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Thursday, September 13, 2012

membebel tak habis habis..


Sejak akhir akhir ni senyuman terasa lebih ringan_



Sila percaya.
Dengan kadar segera. 



Hah.
Apakah? Ini benar benar gila.



Dalam dunia yang plastic, spastic, skeptik, materialistik dan macam macma tik lagi ni, kita akan jumpa macam macam jenis manusia. 


Nak tambah sikit. Aku manusia invisible. 

Sambung. Ada yang peramah gila kapak. Aku pun tak tahu kenapa bila orang sebut ‘gila’ mesti nak kena tambah ‘bapak’. Kesian kan. Jadi, sebab penggunaan bapak bersebelahan gila tu adalah sangat sangat tidak sopan. Tidak kacak. Tidak cun. Tidak baik. Aku akan tukar gila kapak. Kan cun tuu.

Dan ada sesetengah lagi jenis manusia yang sombong. sombong.


.
.
Aku weh? 
Aku. 

Aku bukan sombong. Cuma unfriendly cumanya. Bila cakap pasal kehidupan bersosial, aku memang fail terus. Tak masuk exam pun dah tahu dah fail. Aku memang masuk kategori jenis manusia yang susah nak senyum. Unfriendly nak mati. Pemalu. Ini fakta. Kecualilah ada benda yang paling kelakar bodoh yang memang nak tak nak kena jugak senyum. Kalau tak senyum boleh menyebabkan aku dapat penyakit kronik yang bawak maut. Speaker's cramp. Kejang mulut.  Masuk Metro front page ‘seorang pelajar dipercayai diserang oromandibular dystonia gara gara kurang senyum. Heh.



Heh.
Heh. Kurang asam. 
Buat main pulak benda macam ni.
Nauzubillah. 

Maaf. Aku memang jenis macam tu.


Bila ada orang tak kenal nak add dalam fesbuku ke memang haram la aku nak layan. Keji gila perangai. Orang yang tak kenal tu maksudnya orang yang kemungkinan kenal aku tapi aku tak kenal.  Ni macam dah nak kena check balik friend list kot kot ada alien di approve secara automatic ke. Bukan boleh percaya sangat Mark Zuckerberg ni.



Eh.
Dah kemana mana cerita aku.
Asyik lari topik.


Undo.


Tapi. Sejak akhir akhir ni, aku lebih banyak senyum. Itu bererti semester ni aku lebih banyak bersedekah dari semester lepas.

Orang senyum. Aku senyum.
Orang tak senyum. Aku tak senyum.
Aku tak senyum. Orang senyum. Zappp dilabel sombong. Uih.


Hek eleh.
Suka suka hati je cakap aku sombong. 
Aku unfriendly nak mati je lah. Nampak beza?




Aku nampak. Kejap kejap nampak. Kejap kejap tak_







 

Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri