...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Tuesday, September 25, 2012

what's on your mind...?

aku kidnap gambar ni buat macam harta sendiri.terima kasih daun keladi sebab men-sudikan diri tag aku.


Dengan ini diumumkan. Minggu ni minggu tak ada life_


Peh.
Macamlah sebelum ni ada kan?


*sigh*


Well. At least, tak ada lah boring sangat weekend ni. *mata ke atas*


Jumaat. Sabtu. Ahad. Jadual memang penuh. Uia. Uia. Kalaulah aku boleh dibahagi kepada dua. Kan bagus. Aku akan arahkan aku yang sorang lagi tu ikut program luar dan aku akan pulun habiskan asaimen dan studi dengan gembiranya. Yay.


Eh. 
Pembetulan.
Backspace. Backspace.



Kalaulah aku boleh dibahagi kepada dua. Kan bagus. Aku akan arahkan aku yang sorang lagi pulun habiskan asaimen dan studi dengan gembiranya. Dan aku akan ikut program luar. Yay.


Cakap pasal program luar.


Dua hari lepas serius 1st time aku rasa kaki kejang nak mati. Tunggu VIP punya lah lama berdiri tengah tengah padang di bawah cahaya matahari nan panas lagi terik yang memang sah sah tak ada vitamin C. Rasa laju je peluh sampai ke kaki macam keretapi berkelajuan tinggi. Aku ni tunggu masa je nak terbakar hangus tinggal tulang belulang. Sorang demi sorang manusia tumbang bergaya depan mata dan menyerah kalah. White flag. Pfiuu. Ada yang jatuh ke depan, ada yang ke belakang, ada pengsan terus dan ada jugak yang jatuh secara berentak slow motion. Step dia jatuh tu siap boleh kira pakai jari. Aku dengan kawan sebelah dah lama mengucap banyak banyak dalam hati. Mengumpat pun sama banyak rasanya.


Macam mana nak pergi berperang kalau berdiri lama sikit pun kaki dah cramp macam ni!

Hm.
A question to ponder. 



Oke. selalunya kalau tak ada program, aku banyak habiskan masa kat bilik. Opkos ditemani meja yang berselerak dengan notes dan kertas dan hot choc dan laptop.


Mungkin ramai yang tak tahu ataupun tak sedar ataupun tak tahu ataupun tak sedar. Ulang lagi banyak kali. Sebenarnya, semakin berselerak meja, semakin tinggi daya kerja aku. 


serius.
Anda patut cuba.


Hehheh.


Bab kutuk diri memang nombor satu.
Aku expert kot. 



Ada beza antara kutuk dan kritik. Ada je manusia tak gosok gigi kutuk aku selekeh. Hello. Cakap depan depan la kalau berani. Pernah ke aku pakai baju tampung tampung macam orang gila?? Sangat tak bermoral cakap orang macam tu. Uncivilized people! Itulah pasal masyarakat awam dengan aku ibarat langit dengan bumi. Kacang lupakan kulit. See, how unfriendly I am! Berkimia tahap kronik. Sangat kronik. Macam haram kadang. 



Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, sekolah menengah ke uni, memang boleh kira dengan kalkulator berapa sangat kawan baik yang aku ada. Tu belum kira lagi kawan yang tak berapa nak baik, kawan tak baik, kawan tak baik langsung dan kawan yang aku tak kenal tapi bersangka kenal. Aduh. Macam apa apa je.



Kalau nak ikut, ada banyak sangat benda tak boleh wujud antara kita dan kawan.


1-  Duit. Dalam berkawan memang tak boleh ada perkataan duit langsung. sila percaya. Ini berdasarkan pengalaman, experiment dan observation. Cumanya survey je lagi belum.

Bila kawan susah, selalu kita bagi pinjam duit sebab takut kawan kita tu memang tak ada duit nak buat belanja makan. Walaupun hakikatnya yang kita bagi pinjam tu pun PTPTN bagi kita pinjam. Punya sanggup bagi demi tak nak tengok kawan berlapar. Tapi bila turn kita susah dan kita mintak dia bayar balik duit kita je pun bukan nak pinjam duit dia ke apa, punyalah dia buat kita macam sampah. Macam orang mintak sedekah. Call tak berangat. Mesej tak berbalas. Jumpa pun dah jarang ditegurnya.

And I ‘used’ to have a friend.
Not anymore.


2-  Next gender. Pun tak boleh. Maksudnya, bila kawan kita ada suka seseorang, jangan sesekali bercakap pasal orang yang dia suka tu sekalipun diajak. Lagi baik, jangan bercakap terus dengan orang yang dia suka tu. Kalau boleh.

Hati orang mana kita nak tahu oi. siapa tahu mungkin nanti tak pasal pasal dia tuduh nak berebut dengan dia pulak la kan. Alahai. suka buah pinggang dia je nak main tuduh tuduh. Kenal pun tidak. kalau mulut betul betul jahat, nak je cakap kuat kuat kasi dia dengar sampai bersimpul anak telinga kanan dengan anak telinga kiri “Kalau setakat budak separuh siap tu. baik tak payahhh!”


Er.
Baru perasan.


Beberapa minggu ni entri aku asyik panjang je.
 

Hobi baru ke apa entah_











Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri