...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Tuesday, October 30, 2012

cancelled xoxo

_Apa perasaan bila
Tiba tiba bas di-cancel-kan?


28 oct 2012

(Tiket Kb-Uni. Masa naik: 8 p.m)

2 p.m : Along bertolak balik Gua Musang. Ari ahad cuti raya lagi. Esoknya dah start mengajar. Tinggallah Juan dengan ma. Dan aku. walaupun sekejap.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


3.30 p.m: Main main dengan Juan, si khalifah kecil. Sebab Juan tak tidur lagi, bancuh susu dan bagi anak burung comel tu makan dulu. haha. 


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


4.05 p.m: Juan tidur. Ajak Hyung keluar beli barang. Hyung tu adik bongsu aku. Yang pakai baju biru dalam banyak banyak gambar di atassss sekali.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


5.45 p.m: Sampai rumah.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.


6 p.m: Juan bangun. Main main dengan dia untuk 2nd round. Berat hati nak pergi! Sedih la pulak.


Barang tak pack lagi.
Beg masih kosong lagi.

  
7 p.m : Mandi. Solat. Blablabla.


 Baru pack barang.


7.20 p.m: lepas solat abah terus hantar. Atas kereta baru check tiket. Okayyy! Font paling kecil. Tempat naik- sebelah Masjid Maahad Muhammadi, seberang Plaza Tengku Anis.


Macam main explorace.
Ingatkan naik sebelah stadium kb macam biasa. Tak pun belakang Tesco kb ke. Huh.


Jadi polis peronda kejap.
Pusing pusing cari tempat.


Macam penjenayah pun ada.
Kejap tengok kiri. Kejap tengok belakang.


8.10 p.m: Jumpa.


Janji melayu. Bayang bas pun takdak. Driver bas apatah lagi. 


Pui.


10 p.m: Bas sampai terus naik. Padahal bas tak terus gerak pun.
11xx p.m: Bas berhenti tepi jalan. Bunyi macam benda patah. Ingatkan bas bocor.
1.30 a.m: Lepas driver tu check, dia kata: “pemegang tayar tu yang rosak…”

Call Hyung. Dia reject. Ceh!
Call abah. Masuk voicemail.

Usaha tangga kejayaan.
Sms Hyung. “Bas rosak dekat dekat Pulai Chondong. Bertolak kul 10 pagi esok. Sila datang ambik!” Skema tak aku?

Hyung reply: Ok. Tunggu kat situ.

3.25 a.m: Rasa orang cuit bahu. Aku tepis. Cuit lagi. Aku tepis. Cuit lagi. Aish! Bukak mata nampak big boss. oke. Abah dah sampai. Siap kejut aku dalam bas lagi. Rasa macam Vvip.
4.15 a.m: Sampai rumah. Tidur sebelah Juan kejap.

29 oct 2012 (hari sepatutnya pergi kelas)

10 a.m:  janji melayu lagi.
11xx a.m: bertolak.
3.30 p.m: Jalan jem. Baru sampai merapuh.

Tiba tiba aircond mati. Dekat sejam setengah driver tu try repair. Tak dapat.

4.50: Bertolak dari merapuh tanpa aircond. Seperti ikan sardine dalam tin... uuuoooo~
10.20 p.m: sampai ke main gate Uni dengan selamatnya.

Alhamdulillah.

Dapat excuse letter 29hb.

So, Apa perasaan bila
Tiba tiba bas di-cancel-kan?_







Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri