...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Thursday, October 11, 2012

Iium 28th convocation day with kawan kawan

research center.around 8.30 a.m. kereta bersesak sesak depan main gate.tempat aku rilek je.pagi kann.

dengan rakan sebilik.sekerja.sekuliyyah.senegara.



rakan bertugas.syuhada n Inspektor ks fatima.baru tahu akak fatima pun suka berbelog juga.haha.boleh tambah kawan ni



_Iium 28th convocation day


Tak sempat nak update blog. Sibuk jaga jalan lah katakan. I’m a bizi…………………………..man. Look, demi convocation day ni aku telah mengorbankan weekend aku walaupun aku boleh je pilih untuk bersenang lenang bersama bantal empuk dan bilik yang heaven gila.

Heaven lah sangattt u olllss.

Serius. Bila I olllss tengok senior senior berkonvo ditemani mak ayah abang adik kakak dan pakwe dan suami dan pakwe dan suami dan mak dan ayah dan abang dan adik dan kakak dan pakwe dan suami, tiba tiba datang satu perasaan dalam hati. Maaflah. Kata orang  isi penting harus diulang banyak kali.

Perasaan apa? Gembira? Teruja? Eh. Eh. Bukan.

Ini perasaan yang lain.

Rasa tak sabar sabar nak grad. Tak sabar nak pakai jubah konvo. Tak sabar nak pegang scroll degree sendiri. Pegang scroll orang lain buat apa. Tak sabar nak kerja dan mula balas jasa mak abah yang bersengkang mata berpenat lelah memerah keringat dan berusaha demi mencukupkan keperluan sekolah kami hingga tak terasa kurang walau satupun. Tak sabar tak sabar. Walau tahu selepas bergelar graduan itu harus mula memikul tanggungjawab yang berat. Malah mungkin jauh lebih berat dari yang dijangka.

We want to serve the ummah, remember?

Hm. Tiga semester saja lagi, Del. Macam cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Umur pun dah semakin bertambah. Semakin menua dengan jayanya.  Hoho. Tapi muka tetap muda belia. Alamak. Bunyi macam tak sedar diri. Tapi betul apa. Ada makcik datang rumah time aku cuti semester siap tanya “adik tak sekolah ke harini?” Oh. Tidakkkk.

Sekali lagi. Oh. Tidakkkkkk!

Tapi. InsyaAllah ( Dengan izin Tuhan)

3 semester lagi. Grad nanti aku pakai Jubah konvo hood kaler silver bersulam satu layer kat tepi dan topi petak empat segi tau.  InsyaAllah. Amin. Amin.

Haha. Bajet macam hot.
Eh. Memang hot pun. Tak tahu ke.

Ngaa. tapi.

Kalau nak cerita, memang banyak pengalaman aku dapat dapat time jaga trafik untuk convocation day ni. overall: agak tension. Tapi yang paling best, aku dah tahu tempat mana tak ramai orang parking kereta. Tahu dah macam mana nak ambik robe bila grad nanti, nak bergambar and so on so forth.  Banyak.

Sambil jaga trafik sambil cari pengalaman. Ngeh. Macam diri tak ada kerja lain. Terlupa sekejap pasal asaimen. Oh.

Itu tak termasuk lagi kena marah on the spot. Helmet kena curi lagi. Sarakit mana entah yang curi. Tangan panjang betul. Jadi terpaksalah balik ke bilik pinjam helmet pakcikgad yang jaga sama sama waktu tu.

Tssk.
Keji gila curi helmet orang.

Mungkin Allah sekadar nak uji sejauh mana tahap kesabaran seorang manusia. Dan tiba tiba manusia yang nak diuji itu adalah aku. Ya. Tiba tiba saja kan. Sampai di bilik, terus solat zohor then makan. Lupa pasal helmet kena curi. Kira macam pasrah ikhlas redha tawakkal terus. Bajet macam kompem kena beli helmet baru. So, malas nak pening pening fikir pasal benda yang dah tak ada. Nak marah pun tak boleh sebab memang salah diri sendiri tak lock helmet tu awal awal.

Lepas makan makan tu terus pergi balik kat tempat tu. Tukar shift dengan pakcikgad. Beliau pun mahu solat juga. Pakcikgad tempat aku jaga trafik tu sangat baik. Tak percaya?

Berikut adalah perbualan kami. Bertiga.

Aku & kawan *setelah berbincang* : Pakcik. Kitorang nak balik solat dulu boleh?
Pakcikgad: haaa. Korang nak datang pukul brape pulak lepas ni?
Kawan aku: mmm…………….pukul 2………………
Aku: ……………30…………………..
Pakcikgad: ok. Ok. 2.30 datang balik.
Aku & kawan: *sengih*

Ini bukan ambil kesempatan. Ini guna kesempatan. Ada beza kan? kan kan? Tapi kira ok la sebab time balik untuk solat tu segala rakyat jelata uia sudah memasuki convocation hall. Kira macam dah lepas peak hours la. Lepas tu, pukul 2.30 kami berdua bertolak dari bilik. Betul la pukul 2.30 kami DATANG BALIK. Tak tipu pun kan. Cumanya ambik masa 20 minit nak sampai ke tempat pakcikgad tu sebab jalan jem . Kononnya.

Dem.

Sampai tepat tepat pukul 3 janji melayu  :p

Kan aku dah kata pakcikgad ni baik. Dah percaya? Jalan jem teruk. Sampai ada kecoh kecoh eksiden sampai pecah side mirror. Sedih. Sedih.  Tapi gud news nya sebab sarakit yang curi helmet aku sudah letak balik helmet aku kat tempat asal.  Alhamdulillah.

Konklusi. Jangan jadi pencuri helmet.




p/s:  ceh. ini pengaruh tengok cerita dendam sarakit tv3.








 

Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri