...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Sunday, October 21, 2012

Teori 2:04 a.m


_Fuhh


Ini bukan rancangan hiburan sensasi fuhh. Bukan juga melodi. Apatah lagi galaksi mahupun orbit dan segala bintang cakerawala di angkasa.


Ini...tak tahulah apa.


Tapi.
Yang pastinya.


Ini memang mencabar kesabaran. Bukan saja kesabaran, malahan ketulusan, keikhlasan serta sifat keperikemanusiaan. Keperimanusiaan sebenar dalam erti kata yang sebenar. Adalah apa? 


Er. Itu adalah soalan?
Ya.
Itu soalan. walau tak nampak macam soalan.
Tetapi jika diteliti, itu adalah soalan yang berbaur soalan. Bukan jawapan.


Ah. Maaf. Maaf.
Sudah mulai sesat.
Mohon tunjukkan jalan ke point utama dengan kadar segera.


Sekelip mata.


Kemalasan dalam berteknologi. Tajuk memang gempak. Macam yang kita kadang kadang rasa. kita? Ya. kita. Malas mahu caj bateri handphone. Malas balas SMS, malas telefon orang balik. Waima malas jawab sebarang panggilan masuk.


Malas ini. Bukan sebarang malas lagi. Ini malas yang sangat malas. Sampai mahu makan pun boleh dikatakan malas.


Tarik nafas.
Hembus.


Ya.


Tarik nafas lagi. 
kali ini tak perlu hembus.


Tambahan, handphone aku cikai saja. Tak ada binatang hijau tangan cacat terpisah dari badan berantena di kepala tu. Tapi walau tak ada apa yang orang panggil android, handphone tu paling setia dengan aku. At least, tak pernah hampakan aku. Macam manusia. Tapi baru baru ini, beliau buat perangai. Sudah lama sebenarnya. Tak nak mengaku cumanya. Tapi, baru baru ini saja beliau jadi semakin besar kepala. Asal vibrate sikit mulalah tak dapat detect simkad.


Mungkin beliau mogok dengan aku. Mogok lapar.


Wajib minta maafkah? Ya. Aku faham. Beliau juga sedang ambil mood raya. Tak apalah. Walau maaf itu tidak berguna, aku mengalah juga dengan mohon sepuluh jari minta maaf. Lepas raya nanti baru aku pijak handphone tu. 


Maaf? Egomaniac?


Haha.Otak aku sebenarnya sudah tepu dengan teori begini. Kalau maaf itu berguna, perlu polis buat apa...? kalau maaf tu berguna, mari kita bakar rumah orang, lepas itu minta maaf sebab bergurau yang exaggerated. Selesai cerita. Ya kawan kawan. Teori ini bakal mengantikan teori beruk berevolusi Charles Darwin. 


Ok. Kita tinggalkan perihal Charles Darwin dan beruk beruknya. Tinggalkan perihal handphone dan teori aku itu untuk usang bersama tuannya.


Mari jalan ke depan.
Lagi. Lagi.
Dan.
Lagi.


Baiklah. Sudah mulai mengantuk membebel seorang diri di pagi hari. Ah! Insomnia.


Sangat haru jika harus terkebil kebil seorang diri. Jadi manfaatkanlah. Bukannya selalu diserang insomnia. Ini kali kedua untuk tahun ini, mungkin. Haha. Tahniah!


Ya.


Harus mulai bersiap.
Ada dialog yang harus aku lakukan dengan Tuhan_








Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri