...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Monday, November 19, 2012

Rindu

_Dear Ma Abah… *ceewah*


Rindulah dekat kampung. Kat sini bukak mata je nampak bangunan. Sangat tak best. Kalau dekat rumah, bukak mata saja nampak la jugak pokok kayu yang menghijau. Hm.


Tak faham la apa yang orang suka sangat dengan bandar ni. Bukan ada apa pun. Tak ada life. kalau dekat kampung ada la jugak bendang sawah dan sungai. Tenang. Paling boring pun boleh jalan jalan tepi sawah padi sambil hirup udara segar. Boleh kacau kucing lalu depan mata. Boleh photoshoot pemandangan yang indah indah. Boleh hirup bau rumput lepas hujan. Segar. Tssk. Aku rindu. Kat sini alamak bau jalan tar saja lah. Pui. Patut la imunisasi badan aku sudah berkurang sekarang.


Aku rasa la. Jiwa aku lebih kepada kampung ni. http://www.emocutez.com  


Kalaulah bukan sebab assignment bertimbun ni, mesti aku dah lari balik kampung kan?_







Tuesday, November 13, 2012

Hari tua kawan se-floor

_Malam ni sangat happening


AWESOME. Celebrate birthday kawan-sefloor sambil nyanyi lagu. Siap tutup lampu lagi. Tutup lampu lah sangat. Oke. Aku tipu. Aku kan suka tipu. Malam ni kat luar bilik ada lampu emergency je.


Asikk. Romantik gitu.
Hewhew.
Patut celebrate dengan cara lagi kejam. Contoh. Beli telur busuk campur gandum campur bedak la kan. Kan kan? Baru betul. Biar tujuh hari tujuh malam akan bau haruman yang wangi semerbak tu. 


Heh. Heh.


Lepas tiup tiup lilin tu oke je lagi. Lepas tu bila sorang sudah mula tepek menepek krim ke muka, mulalah semua pakat lari jauh jauh. Teka la sendiri siapa orang yang mula mula lari. Macam larian obor olimpik rasanya. Pui. Kalah Lee-Sung-Gi.


Aku lari menyelamatkan diri awal awal lagi. Tapi lepas makan kek la. Tiba tiba je semua orang macam lari masuk bilik aku. Hgeh! Macam buat usrah la pulak. Mana ada orang berani tepek krim kat aku. Aku kan garang. Ceewah! Tak kuasa aku nak mandi dengan krim malam malam buta macam ni.


Walau bukan sambut birthday in-advance sebab kesibukan masing masing. Walau suara tenggelam timbul dek demam semalam. Walau tak dapat nyanyi dengan kuat sebab sakit gigi kronik yang melanda sampai rasa tak nak cakap dengan orang. Huargh. Tapi digagahkan juga demi celebrate birthday ke-23 kawan-yang-tua-setahun yang cuma sekali seumur hidup. Yela. Tahun depan dah 24 kan. Takkan la undur jadi 22 balik kot.


Huish.


Cakap pasal demam. Semua orang tak percaya bila aku kata ubat untuk aku sembuh dari demam adalah minum ais. Kenapa tak percaya pulak? Sejarah telah membuktikan kot. Terima kasih banyak banyak kepada blogger ‘poyo itu aku’ dan rumate aku yang bersusah payah turun cafĂ© semata mata untuk beli teh ais.


Mengada-ngada kan aku ini. Hm.


Pagi tadi bangun bangun  tu sudah rasa tak demam sangat. 
Tak payah makan ubat pun. 
see.


Esok nak kena pergi jumpa dentist. Mana tahu nak tumbuh gigi bongsu ke kan. Tak pun nak tumbuh gigi emas ke. Itu pasal yang sakit sangat. Apa sangat la si doktor gigi tu boleh buat pun. Paling ngeri pun, cabut je pun. Kan pun?


Oke. Esok aku cuti takde kelas. So, esok pagi pagi terus pergi klinik.
Zzzzzz.


Harap dapat jumpa doktor yang hensem hensem saja. Pun boleyy_   :p






Tuesday, November 6, 2012

Belasungkawa

Dari Dia kita datang.Dan kepada Dia kita pulang.

_ Begini rupanya perasaan


Bila tak sempat melihat wajah orang yang kita sayang buat kali yang terakhir. Bila orang yang ada depan mata kita dan yang kita tinggalkan dalam keadaan yang sihat tiba tiba menghilang. Dan kita tahu bahawa kita tak akan bertemunya lagi dalam keadaan dan situasi yang sama di dunia nyata?


Ucapan takziah dari orang dekat itu ternyata benar benar memberi isyarat bahawa ini bukan mimpi. Bahawa ia sudah benar benar pergi.


Hati harus akur. 


Hidup dan mati. Dua sisi berbeza yang harus tetap kita jalani. Bukan pilihan, tetapi satu kepastian. Sejauh apapun kita menghindar, ke kutub selatan sekalipun, kalau memang sudah tertulis waktunya, tak ada yang mampu menawar. Kerana saat itu Tuhan telah memanggil. Dan kewajipan kitalah untuk menghampiri. Yang ditinggalkan hanya mampu pasrah. Berusaha seikhlas yang boleh untuk melepaskan orang yang disayang.
Sambil terus berharap dan berdoa, semoga bertemu di syurga-Nya kelak. 


InsyaAllah_







Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri