...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Tuesday, November 6, 2012

Belasungkawa

Dari Dia kita datang.Dan kepada Dia kita pulang.

_ Begini rupanya perasaan


Bila tak sempat melihat wajah orang yang kita sayang buat kali yang terakhir. Bila orang yang ada depan mata kita dan yang kita tinggalkan dalam keadaan yang sihat tiba tiba menghilang. Dan kita tahu bahawa kita tak akan bertemunya lagi dalam keadaan dan situasi yang sama di dunia nyata?


Ucapan takziah dari orang dekat itu ternyata benar benar memberi isyarat bahawa ini bukan mimpi. Bahawa ia sudah benar benar pergi.


Hati harus akur. 


Hidup dan mati. Dua sisi berbeza yang harus tetap kita jalani. Bukan pilihan, tetapi satu kepastian. Sejauh apapun kita menghindar, ke kutub selatan sekalipun, kalau memang sudah tertulis waktunya, tak ada yang mampu menawar. Kerana saat itu Tuhan telah memanggil. Dan kewajipan kitalah untuk menghampiri. Yang ditinggalkan hanya mampu pasrah. Berusaha seikhlas yang boleh untuk melepaskan orang yang disayang.
Sambil terus berharap dan berdoa, semoga bertemu di syurga-Nya kelak. 


InsyaAllah_







Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri