...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Tuesday, October 8, 2013




Memilih dan dipilih itu mana lebih sakit?


Kalau ditanya pada aku, kedua-dua itu pun sakit. Kalau kau pernah dipilih tanpa memilih, kau kata rasa duduk dipilih itu lebih sakit. Tapi kalau kau pernah duduk di tempat memilih tanpa dipilih, kau akan kata memilih itu lebih sakit. Tapi bagi aku, aku masih tak mampu bezakan perasaan mana lebih sadis.


kau yang membuat pilihan atau kau yang menjadi salah satu pilihan, sakit dia tetap sama. Sakit serupa bodoh.












Saturday, August 17, 2013





Cinta magik tu datang masa kita tengah kelip-kelip mata.
Bila mata tertutup, dia datang. Buka mata, dia hilang.





Nasib perantau memang macam ni. kena berdikari demi sesuap nasi, jom ke cafe?

Where's every0ne? where? lepas isya' baru start beli makan. pagi ke petang tak makan. kami dah kurus cekeding. acane?


Dengan ini, saya mengucapkan selamat hari raya ke-12 buat mak abah di kampung. dari anakmu yang jauuuuh ini. sobsob.




what a very short short short semester. Here, we learn how to survive, to live without others, enjoy our Ramadhan and breaking fast and sahur alone, and most of all the precious experiences we gain here. 













Tuesday, August 13, 2013


Kenapa bila bercakap tentang masa depan, jawapannya goyah?
kenapa?


Perbezaan memang melengkapkan.
tapi jika terlalu besar.
apa cerita?


dan biar mereka cerita kelebihan mereka, kekurangan kita.
pun kita tak luak.
setitis pun tidak.
seteguk pun tidak.


.


Jalan yang Tuhan tetapkan tu, indah.
walau kadang kadang badan sarat penuh luka,
tapi disebalik semua, ada jalur jalur pelangi warna warni dihujung sana.


Ya. dihujung sana.

















Sunday, July 21, 2013

Selca

tiba2 rasa nak letak gambar time kursus...annoying kan?    :)


Jika sekuntum bunga adalah tanda sebuah rasa,
maka tidaklah cukup sekuntum bunga, mewakili rasaku.

Kerana Maha Cinta,
telah hadiahkan tiap kelopak bunga
dalam wangi doa, untuk hamba rangkai indah dijiwa.
Hingga kelak hamba hadiahkan
hanya kepada seseorang,
yang jua merindu jannahNya,

dalam ikatan cintaNya



-kalam jiwa

















Sunday, June 30, 2013

Inspektor ks :)


Assalamualaikum


Aku sebenarnya dari kecik lagi suka benda2 yang mencabar. Mak aku tak bagi panjat pokok, aku panjat. Abah aku tak bagi lari2 turun tangga, aku lari naik tangga. i iz degil sesangat tau. Sebab itu lah bila besar aku jadi budak baik cenggini. Muehehe.


Haha. sesuatu sangat.


So, 3 years lebih pung pang pung pang dalam uni ni, selain dari ke kelas, balik kelas, assignments, presentations, quizzes, project papers, selalu jugak kena paksa yang tak rela ke program2 lain. T__T


tensennn i kena paksa tau.


time kecik2 dulu selalu berangan nak jadi cikgu. bila besar dan ada kesempatan boleh je selamba cakap dah tak minat. Aku rasa la. aku memang tak sesuai jadi cikgu. Cuba la bayangkan sendiri bila tengah2 berjalan tu terserempak dengan student aku. pastu dia jerit2 “cikgu adila.cikgu adila”.. tak pun “ustazah adila.ustazah adila”..arggh. tak boleh terima. tak boleh terima. 


So, walaupun kena paksa ikut program2 lain sedangkan semua orang balik cuti semester, terpaksalah aku meng-bahagiakan diri sendiri. yelah, tension tau bila bayangkan kawan2 semua dah balik kampung makan sedap2. tssk. aku kat sini merantau cari makanan. dah nak start puasa pulak tu. makkkkkkk~




Pulapol.bakal2 puan bergambar bersama bakal2 tuan. eceh!

Thank you for reading this entry :)





Tuesday, May 28, 2013




Perempuan itu.
Tersenyum penuh bahagia bersama hujan yang menderas.
Tatkala si hujan mendudukan lelaki yang ia puja disebelahnya. Di bangku yang sama.
Walaupun itu adalah satu saat di tahun-tahun kebelakang.
Itu hujan pertama. Hujan yang menghantarnya pada bahagia.



Perempuan itu.
Terpaku dalam renyai hujan bersama titisan airmata.
Titisan yang disembunyi oleh hujan yang mengalir lembut ke pipi.
Pabila si senja yang ia cinta tak pernah sekalipun mempertahankan rasa yang ada.
Itu hujan kedua. Hujan yang memberinya duka.



.



.



Aku adalah gadis hujan.
Kau takkan pernah tahu masanya ku mengalirkan airmata jika ku tak memilihmu untuk melihatnya. Kau takkan pernah melihat kecewa di riak wajahku jika padamu ku tak ingin tunjukkannya. Kerana aku gadis hujan; yang menelan segala rasa demi senyum si orang yang ia suka, tentu saja.




(eh, sudah lama berehat dari dunia maya ke dunia nyata :)  
ternyata, abjad dan aksara itu tetap makanan saya)






Wednesday, May 8, 2013

Eksaited mengundi :)

Assalamualaikum.



Hai. Macam biasa lah aku selalu takde masa nak update blog. Hidup aku lately bizi tahap ape entah sampai presentation berderet dalam masa seminggu. Jangan tanya macam mana aku boleh survive. I just don’t know how! Aku just buat bodo je time present. Even me myself kadang kadang tak tahu apa yang aku cakap kat depan tu.

Bila kau dah berdiri sorang sorang kat depan tu, automatic kau jadi macam orang Parkinson. Kalau masuk wad, surely sebab palpitation. Oh! Aku ni time presentation nampak je rilek, tapi dalam hati Tuhan je Maha tahu. bedebar ooo.

“Del, cakap je apapun but make sure jangan buat diri kau nampak bodoww” haaaha. 

Rilek je aku bagi motivasi kat diri sendiri. Nampak tak? Aku slalu remind kat diri aku macam tu. ye adik adik, anda boleh cuba sendiri di rumah ye. haha. tu adalah salah satu cara nak psiko diri sendiridah takde orang nak bagi semangat kat aku. kesian aku. menangis dalam hati. tssk. T___T  

Eh.

Cerita pasal hari mengundi, aku adalah makhluk yang paling eksaited kemain lagi bangun pagi pagi mandi sambil nyanyi lagu ‘jom kita mengundi..jom kita mengundi…” sampai adik aku berapa kali ketuk bilik air suruh cepat cepat klua. rilek ar bro. I baru je masuk.

Aku rasa bangun tu dah pagi. tapi sebab anak saudara aku tu bangun lewat, so terpaksalah kami kami yang awal ni tunggu dia bangun dulu. sebab lama sangat tunggu, kite main main snap gambar dulu lah! haha. bila dia dah bangun, nak kena tunggu dia mandi, tukar pampers, buat susu lagi… er… orang ada anak kecik memang macam ni eh? Tak boleh eh kejut kasi dia bangun? Pfttt.

Aku zaman kecik kecik dulu boleh je bangun awal. *nampak tak motif dia kat situ?*

Haha

So, kitorang bertolak dalam pukul 10 lebih gitu. Berduyun duyun manusia beratur tunggu turn. saluran paling cepat adalah saluran 4, I guess. Sebab saluran 4 adalah saluran orang muda. Angah aku tak balik mengundi. Pui. Kalau tak dah boleh beratur skali dengan aku. takde lah aku berdebar sangat. Aku ingatkan orang gi mengundi pakai lawa lawa. Tapi siap nampak ada yang pakai seluar tidur lagi. Heloooo bro? ini public tau…

Lima tahun lagi Angah dah masuk saluran 3. Tinggal lah aku sorang terkebil kebil kat saluran 4. Teringat satu brand tu “forever 21”…oh, dat means I’m still young!


see, I told you dat i'm forever young. pergi sekolah, orang tu siap tengok 2 3 kali ic aku. helooooo? apa tengok tengok?tumbuk kang..aku dah lebih umo lah! 23 tau.


Conversation mak abah aku lagi tragis.

Abah: ngundi skali lagi kita duk saluran 6 dah la. *sambil jeling jeling kat ma*
Ma: saluran orang tua tak larat nak jalan.
Abah: tapi abah baru 35
Aku: errrrrrrr. Apakah???????????? (tak nak kalah jugak tu…)

Apa apa pun. Undi kita adalah satu amanah. Semoga setiap undi kita dikira sebagai pahala disisi Allah. Amin.

Aku; seorang rakyat biasa yang telah menunaikan amanah dan tanggungjawabnya memilih pemimpin yang baik dan mampu memimpin negara berpandukan Islam. kalah dan menang tu adat dunia. Islam tak akan pernah kalah. mungkin cuma butuh sedikit waktu.

Teruja. Ya aku seorang mahasiswi yang teruja saat pertama kali memegang kertas undi di tangan.

.

Dan saat aku memilih, bererti aku telah mempersiapkan diri untuk menjawab segala pertanyaan Tuhan di akhirat kelak. Kerana memilih itu bererti harus siap untuk sebarang konsekuensi walau apa pun itu.

Aku; seorang manusia yang masih lagi percaya hingga ke hari ini. bahawa untuk melakukan hal hal yang baik itu kita akan kerapkali di uji. Seperti yang pernah Rasulullah lalui_



Thank you for reading this entry :) 











Tuesday, April 2, 2013

Jalan jalan cari pasal


Assalamualaikum.


Tiba tiba ada mood nak update blog. Walla. Tak rajin sebenarnya. Akan tetapi disebabkan tetapi dan akan.. Eh? Sudah mula start merapu. Maaflah adik adik. Akak memang suka buat grammatical error yang pelbagai.


Tssk.


Maka telah hilang kelayakan menulis di ruangan tepi mana mana majalah. Oh. Dan ya. Tidak layak juga menjalani praktikal di DBP. hmm. Kesian.


ehem.


Minggu ni aku kembali mengadap buku buku dan esaimen serta midterm papers yang berlambak :( Punya lah aku usung bawak balik segala jenis buku kat kampung, tup tup sehelai pun tak terbelek. Ohhh. Apakah ini namanya pemalas?


Tu belum masuk bab esaimen 15 pages. Seminggu cuti cuma 3 pages je siap taip. Pulun aku taip cantik cantik untuk mengelirukan diri sendiri. Biar rasa bangga dan sedikit riak dengan diri sendiri bila bukak tengok hasil kerja sepanjang cuti kat hostel nanti. 3 pages beb! Kau mampu? 


see, mesti tak mampu kan? hahhah.


Haha. adoi la.



mesti lecturer aku nangis sambil hentak hentak kaki sambil cakap “Perempuan psycho!” “Perempuan psycho!” “Perempuan psycho!” dua tiga kali sambil tengok esaimen aku kalau hantar 3 pages jerr. Hikhik. pfiuuu.


*tiba tiba aku rasa macam ada orang tazkirah tepi telinga aku*
"...tak baik malas malas...bla bla bla." 
kenapa eh??


selalu kalau en.awak tu call, mesti nak tazkirah panjang panjang kat telinga aku. sampai boleh masuk mimpi bila dengar. lepas tu, bila tiba tiba aura jahat aku datang, terus tak jadi nak buat jahat. nampak tak betapa aku yang tak mudah dipengaruhi ni pun dah mula terpengaruh.


kan kalau aku jawab "lain kali awak record je la awal awal. lepas tu awak bagi kaset je kat saya. membazir kredit je awak tazkirah panjang panjang. membazir tu pun amalan syaitan tahuuuu"... kalau jawab macam tu kan, nanti ada yang merajuk seminggu pulak kan. tapi, takpe. sebab awak sangat comel bila merajuk, jadi silalah merajuk dengan saya selama mana yang awak mahu. ngee. harap harap dia tak baca blog aku. eh, baca ke?


takpe takpe. nanti aku nak pengaruhi dia tengok crite korea pulak. aku akan pastikan dia minat Lee Min Ho lepas ni. hahhah. tak kira. tak kira. 

     
minggu lepas mak abah aku ajak pergi Terengganu. Punyalah eksaited kemain hingga lupa diri awak tu nak exam bila balik campus nanti. Oleh kerana dah lama tak jalan jalan sejak 2 bulan lepas, aku pun on je lah. alang2 adik pun ikut skali. Mana aci kalau aku takde. Macam tak meriah je. Jadi, sebab aku kesian kat dorang, aku ikutlah……ceewah, poyo dak aku?? padahal aku tak nak duk rumah sorang sorang layan cerita korea sedangkan mereka seronok kat luar. tak boleh. tak boleh.


so, aku ikut lah sama.


serius sangat seronok! Part paling seronok bila main snap snap gambar. Haha. I loike. Trend sekarang orang cakap “I loike”. Aku pun tak faham la macam mana “I like” tu tetiba je boleh jadi “I loike”. Mungkinkah tambahan huruf ‘o’ itu tandanya tersangat-lah suka? Apakah? apakah?


kehkeh. 
Bunyinya macam pelik gila bila sebut. I LOIKEEEEEEEEE. U……U LOIKE?  :p  oh my English!


kali ni, aku harus kurangkan menaip. sebab aku harus akur akan hakikat bila orang tu cakap  "taip esaimen pun baru 3 pages, ada hati nak update blog"...aku tahu la.padahal dia dengki kat aku. kan. kan. kan.



Thanks for reading this entry  :)







Wednesday, March 13, 2013

Tiptoe Through the Tulips

Do I look like a final year student of uniform bodies?...a final year student of not so well-known university?




Kata sang guntur;


"Aku rindu matahariku
Aku rindu dia tersenyum
Aku rindu hangatnya dia
Aku rindu sinarannya
Maka aku rela melepaskan cemburuku
Menjadi sang bayu seperti yang engkau mahu"


Kata si matahari;


"Aku cinta engkau sang bayu
Engkau tahu rajukku selalu kalah dengan pujukanmu
Malam ini
Bertemanlah engkau dahulu dengan bulan dan bintang
Tunggu aku
Kerana esok aku akan pulang ke pangkuanmu"














Sunday, March 10, 2013

...orang itu...



Dia ada aku senang tapi salah tingkah
Dia tiada aku cemas tapi hati rindu
Dia diam aku cari perhatian
Dia bicara aku menduga
Dia, hati suka tapi ego

Oh. Susahnya!

MyEm0.Com












Friday, March 8, 2013

Kinabalu, aku jatuh cinta!



Walau mustahil. 
Aku ingin hidup yang indah indah saja. 
Seindah 7 lapisan pelangi di waktu senja. 
Ditemani kamu.












Wednesday, February 20, 2013

Apa ini?


Berapa kali aku kawan. Tak pernah jiwa kacau.
Ini yang pertama.



Kenapa kah?










Tuesday, February 12, 2013

Beza dulu

Sejak bila.



Aku dah lupa. Kali akhir senyum bebas tu bila?



Sekolah dulu jadi budak paling jahat. Nakal-bukan-berpengaruh. Denda cium pokok pinang belakang musolla sekolah dah jadi agenda wajib tiap tiap minggu. Malu. Sebab belakang kelas senior. Campak je muka. Senang cerita. Cikgu kenal. Top fifteen tu dah kira macam sadis sebenarnya. Budak nakal. 



Ponteng sekolah?
Sori.
Aku tak pernah.



Suka hati sakat manusia dalam kelas.
Mana boleh tinggal.
Mana boleh ponteng.
Heaven. Masa tu jiwa tengah muda.
Ingat seronok saja. Pui.



Tapi tu dulu. Sekarang tak ada member boleh sakat.
Semua muka macam serius. Ganas. Badjet ah!
Boring hidup aku.



Eh.
Ini aku sekarang. Ohsem. Mana hilang aku yang dulu?
Entah.
Aku cari gali. Puas. Tak tahu bumi telan letak mana. Hampa.



Mungkin. 
Mungkin sekarang aku dah tahu.
Aku dah rasa.
Tanggungjawab.
Dah rasa.
Perlu jadi manusia matang.
Tahu.
Hargai makhluk lain.
Walau kadang kadang, makhluk tu tak hargai aku.



Macam kucing.
Ikhlas aku bagi lauk. Cakar aku. Sedih aku rawat luka pakai plaster.
Tapi tak apa.
Dah ter-biasa.



Tunjukkan aku.
Jalan nak capai bahagia.
Aku bukan bodoh. Jadi tak perlu ajarkan aku.
Cuma tunjukkan.



Mana tempat aku boleh lihat cahaya.
Terang



Mohon.
Aku mohon.













Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri