...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Tuesday, April 2, 2013

Jalan jalan cari pasal


Assalamualaikum.


Tiba tiba ada mood nak update blog. Walla. Tak rajin sebenarnya. Akan tetapi disebabkan tetapi dan akan.. Eh? Sudah mula start merapu. Maaflah adik adik. Akak memang suka buat grammatical error yang pelbagai.


Tssk.


Maka telah hilang kelayakan menulis di ruangan tepi mana mana majalah. Oh. Dan ya. Tidak layak juga menjalani praktikal di DBP. hmm. Kesian.


ehem.


Minggu ni aku kembali mengadap buku buku dan esaimen serta midterm papers yang berlambak :( Punya lah aku usung bawak balik segala jenis buku kat kampung, tup tup sehelai pun tak terbelek. Ohhh. Apakah ini namanya pemalas?


Tu belum masuk bab esaimen 15 pages. Seminggu cuti cuma 3 pages je siap taip. Pulun aku taip cantik cantik untuk mengelirukan diri sendiri. Biar rasa bangga dan sedikit riak dengan diri sendiri bila bukak tengok hasil kerja sepanjang cuti kat hostel nanti. 3 pages beb! Kau mampu? 


see, mesti tak mampu kan? hahhah.


Haha. adoi la.



mesti lecturer aku nangis sambil hentak hentak kaki sambil cakap “Perempuan psycho!” “Perempuan psycho!” “Perempuan psycho!” dua tiga kali sambil tengok esaimen aku kalau hantar 3 pages jerr. Hikhik. pfiuuu.


*tiba tiba aku rasa macam ada orang tazkirah tepi telinga aku*
"...tak baik malas malas...bla bla bla." 
kenapa eh??


selalu kalau en.awak tu call, mesti nak tazkirah panjang panjang kat telinga aku. sampai boleh masuk mimpi bila dengar. lepas tu, bila tiba tiba aura jahat aku datang, terus tak jadi nak buat jahat. nampak tak betapa aku yang tak mudah dipengaruhi ni pun dah mula terpengaruh.


kan kalau aku jawab "lain kali awak record je la awal awal. lepas tu awak bagi kaset je kat saya. membazir kredit je awak tazkirah panjang panjang. membazir tu pun amalan syaitan tahuuuu"... kalau jawab macam tu kan, nanti ada yang merajuk seminggu pulak kan. tapi, takpe. sebab awak sangat comel bila merajuk, jadi silalah merajuk dengan saya selama mana yang awak mahu. ngee. harap harap dia tak baca blog aku. eh, baca ke?


takpe takpe. nanti aku nak pengaruhi dia tengok crite korea pulak. aku akan pastikan dia minat Lee Min Ho lepas ni. hahhah. tak kira. tak kira. 

     
minggu lepas mak abah aku ajak pergi Terengganu. Punyalah eksaited kemain hingga lupa diri awak tu nak exam bila balik campus nanti. Oleh kerana dah lama tak jalan jalan sejak 2 bulan lepas, aku pun on je lah. alang2 adik pun ikut skali. Mana aci kalau aku takde. Macam tak meriah je. Jadi, sebab aku kesian kat dorang, aku ikutlah……ceewah, poyo dak aku?? padahal aku tak nak duk rumah sorang sorang layan cerita korea sedangkan mereka seronok kat luar. tak boleh. tak boleh.


so, aku ikut lah sama.


serius sangat seronok! Part paling seronok bila main snap snap gambar. Haha. I loike. Trend sekarang orang cakap “I loike”. Aku pun tak faham la macam mana “I like” tu tetiba je boleh jadi “I loike”. Mungkinkah tambahan huruf ‘o’ itu tandanya tersangat-lah suka? Apakah? apakah?


kehkeh. 
Bunyinya macam pelik gila bila sebut. I LOIKEEEEEEEEE. U……U LOIKE?  :p  oh my English!


kali ni, aku harus kurangkan menaip. sebab aku harus akur akan hakikat bila orang tu cakap  "taip esaimen pun baru 3 pages, ada hati nak update blog"...aku tahu la.padahal dia dengki kat aku. kan. kan. kan.



Thanks for reading this entry  :)







Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri