...The happiest person don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything comes their way <3 Happiness lies for those who have cried, hurted, searched and tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched their lives...

Wednesday, May 8, 2013

Eksaited mengundi :)

Assalamualaikum.



Hai. Macam biasa lah aku selalu takde masa nak update blog. Hidup aku lately bizi tahap ape entah sampai presentation berderet dalam masa seminggu. Jangan tanya macam mana aku boleh survive. I just don’t know how! Aku just buat bodo je time present. Even me myself kadang kadang tak tahu apa yang aku cakap kat depan tu.

Bila kau dah berdiri sorang sorang kat depan tu, automatic kau jadi macam orang Parkinson. Kalau masuk wad, surely sebab palpitation. Oh! Aku ni time presentation nampak je rilek, tapi dalam hati Tuhan je Maha tahu. bedebar ooo.

“Del, cakap je apapun but make sure jangan buat diri kau nampak bodoww” haaaha. 

Rilek je aku bagi motivasi kat diri sendiri. Nampak tak? Aku slalu remind kat diri aku macam tu. ye adik adik, anda boleh cuba sendiri di rumah ye. haha. tu adalah salah satu cara nak psiko diri sendiridah takde orang nak bagi semangat kat aku. kesian aku. menangis dalam hati. tssk. T___T  

Eh.

Cerita pasal hari mengundi, aku adalah makhluk yang paling eksaited kemain lagi bangun pagi pagi mandi sambil nyanyi lagu ‘jom kita mengundi..jom kita mengundi…” sampai adik aku berapa kali ketuk bilik air suruh cepat cepat klua. rilek ar bro. I baru je masuk.

Aku rasa bangun tu dah pagi. tapi sebab anak saudara aku tu bangun lewat, so terpaksalah kami kami yang awal ni tunggu dia bangun dulu. sebab lama sangat tunggu, kite main main snap gambar dulu lah! haha. bila dia dah bangun, nak kena tunggu dia mandi, tukar pampers, buat susu lagi… er… orang ada anak kecik memang macam ni eh? Tak boleh eh kejut kasi dia bangun? Pfttt.

Aku zaman kecik kecik dulu boleh je bangun awal. *nampak tak motif dia kat situ?*

Haha

So, kitorang bertolak dalam pukul 10 lebih gitu. Berduyun duyun manusia beratur tunggu turn. saluran paling cepat adalah saluran 4, I guess. Sebab saluran 4 adalah saluran orang muda. Angah aku tak balik mengundi. Pui. Kalau tak dah boleh beratur skali dengan aku. takde lah aku berdebar sangat. Aku ingatkan orang gi mengundi pakai lawa lawa. Tapi siap nampak ada yang pakai seluar tidur lagi. Heloooo bro? ini public tau…

Lima tahun lagi Angah dah masuk saluran 3. Tinggal lah aku sorang terkebil kebil kat saluran 4. Teringat satu brand tu “forever 21”…oh, dat means I’m still young!


see, I told you dat i'm forever young. pergi sekolah, orang tu siap tengok 2 3 kali ic aku. helooooo? apa tengok tengok?tumbuk kang..aku dah lebih umo lah! 23 tau.


Conversation mak abah aku lagi tragis.

Abah: ngundi skali lagi kita duk saluran 6 dah la. *sambil jeling jeling kat ma*
Ma: saluran orang tua tak larat nak jalan.
Abah: tapi abah baru 35
Aku: errrrrrrr. Apakah???????????? (tak nak kalah jugak tu…)

Apa apa pun. Undi kita adalah satu amanah. Semoga setiap undi kita dikira sebagai pahala disisi Allah. Amin.

Aku; seorang rakyat biasa yang telah menunaikan amanah dan tanggungjawabnya memilih pemimpin yang baik dan mampu memimpin negara berpandukan Islam. kalah dan menang tu adat dunia. Islam tak akan pernah kalah. mungkin cuma butuh sedikit waktu.

Teruja. Ya aku seorang mahasiswi yang teruja saat pertama kali memegang kertas undi di tangan.

.

Dan saat aku memilih, bererti aku telah mempersiapkan diri untuk menjawab segala pertanyaan Tuhan di akhirat kelak. Kerana memilih itu bererti harus siap untuk sebarang konsekuensi walau apa pun itu.

Aku; seorang manusia yang masih lagi percaya hingga ke hari ini. bahawa untuk melakukan hal hal yang baik itu kita akan kerapkali di uji. Seperti yang pernah Rasulullah lalui_



Thank you for reading this entry :) 











Pesan Pada Diri

Pesan Pada Diri